Langkah untuk memasukkan model/subckt ke dalam Pspice.

Library untuk Versi Pelajar/Penilaian mempunyai bilangan model/subckt yang terhad. Beberapa model/subckt tambahan diperlukan dalam simulasi litar elektronik kuasa. Kita dibenarkan untuk menambah tidak lebih daripada 20 model baru ke dalam library Pspice.  Model/subckt (*.lib) dan simbol (*.olb) yang dihasilkan perlu disimpan dalam Folder Userlib yang telah dikhaskan untuk tujuan berkenaan.

Untuk tujuan simulasi dalam litar elektronik kuasa, saya telah membina beberapa model/subckt yang diperlukan. Bagi membina sesuatu model kita perlu melakukkan dua perkara: satu menulis model dalam bentuk teks mengikut syntax Pspice dan menyimpannya dalam fail dengan extension .lib (mana-mana text editor boleh digunakan untuk tujuan ini), dan kedua membuat simbol dengan menggunakan symbol editor (simbol editor boleh didapati semasa berada di dalam capture editor) dan menyimpannya dalam fail dengan extension .olb. Model/subckt yang saya telah bina tersimpan di dalam modellib1.lib dan modellib1.olb. Kedua-dua fail tersebut terkandung dalam modellib.zip di bawah:

Modellib.zipnew

Langkah 1: Fail modellib1.lib dan fail modellib1.olb yang telah terbuka zipnya perlu dimasukkkan ke dalam Folder Userlib:

 C:/Program files/Orcad_Demo/Pspice/Userlib

Langkah 2: Setelah kedua-dua fail berkenaan di masukkan di dalam folder Userlib, anda perlu memberitahu Pspice di mana anda telah meletakkan modellib1.lib dan modellib1.olb itu. Jika tidak Pspice, seperti anda juga, sudah tentu tidak tau.

Caranya: Pada Capture editor, klik menu Pspice--> Edit Simulation profile--> Library--> pada Library file sila Browse untuk mencari fail modellib1.lib yang terletak dalam folder Userlib-->klik add as global

Langkah 3: Anda juga perlu memberitahu Pspice tempat letak modellib.olb. Caranya: Pada Capture editor, klik menu Pspice--> Edit Simulation profile--> Library --> pada Libary path sila Browse untuk mencari fail modellib1.olb yang juga terletak dalam folder userlib-->Klik OK

 

Peringatan:


Dua model yang ada dalam Modellib1 yang perlu digunakan untuk assignment#1:
D (diode) dan SCR (thyristor).
Sekiranya ada diod lain atau SCR lain dalam skematik litar rectifier anda, sila tukar dengan diod dan SCR. Perhatikan juga bahawa diod D dan SCR yang digunakan datangnya dari Folder Userlib.